Monday 17 December 2012

Bayangkan....

Perempuan umpama barangan di kedai. Pemilik kedai adalah walinya. Pelanggan pula adalah lelaki. Maka
ada 3 jenis barang di kedai...

1. Barang Percubaan (Tester)
Plastik atau balutannya dibuka. Boleh dipegang, dibelek puas-puas, dirasa dan boleh try test sebelum beli. Tak suka, boleh cuba yang lain.

Maksud tersirat : Perempuan yang seksi, tidak menutup aurat dan tidak bermaruah. Rela tubuhnya diratah lelaki yang belum sah jadi suaminya.

2. Barang di Rak Terbuka
Tertutup cantik dengan plastik. Ada yang berkotak dan tersusun rapi dipamerkan di rak secara terbuka. Masih boleh disentuh pelanggan walaupun tidak boleh dicuba.

Maksud tersirat : Wanita yang menutup aurat tapi tidak menjaga batas pergaulan atau yang jenis bangga mempamerkan kecantikan yang dimiliki.

3. Barang Dalam Almari Berkunci
Barang ini sangat berharga dan berkualiti tinggi. Dibalut cantik dan disimpan rapi dalam almari kaca yang berkunci. Tidak pernah disentuh oleh sesiapa. Kalau nak beli, kena jumpa tuan kedai untuk buka kunci tersebut.

Maksud tersirat : Wanita yang menutup aurat dengan sempurna, tidak pernah disentuh mana-mana lelaki, menjaga batas pergaulan. Kalau nak mengorat dia, kena terus berjumpa dengan walinya terlebih dahulu. Kemudian, masuk meminang dan kahwin.

So, Perempuan nak jadi barang yang mana satu?

Pelanggan pula, kalau nak barang yang baik dan berkualiti tinggi, kenala jadi kaya. Kaya dengan budi pekerti dan akhlak mulia.

Pemilik kedai pula, kenala sentiasa pastikan barang di kedai di jaga dengan baik jangan bagi rosak. Maksudnya, ibu bapa kenala jaga anak-anak dia supaya kekal sebagai 'manusia'.

Motif : The customers is not always right.. and Beautiful things are not always good..

Sunday 16 December 2012

Bayar Bil ASTRO Tanpa Bil

Asaalamualaikum semua...
Meh mama nk share something ngn korang smua..
Hal ni slalu terjadi kat mama..
BIL ASTRO DAPAT LAMBAT / HILANG.
So..bile nk bayar kat PO jadi leceh lah sbb xde bil kan..
Tul x..? mula2 mama blur2 juga,..
Camner lah nak byr nih...
Siap mama tangguh bayar lagi tuk tunggu bil next month..
Semata-matank tgg bill jeh..! (eeeee.. ape dahh)
Haaaaiiissshh leceh tul!!

Dek kerana boring asyik lambat bayar jeh,
Akhirnye mama dpt juga INFO yg berguna tuk mama kongsikan bersama..
Ade 3 cara sebenarnye tuk bayar bil ..

(1) Online Via Banking
Cara ni agak praktikal tuk mereka yg ade online banking/kredit kad..
Tekan2 jer dah siap..
Salah 1 cara nye melalui PayPal Malaysia.. (ko hadoo..??hehe)


(2) Manual ke Pejabat Pos
Sangat sinonim tuk makcik2 & pakcik2 yg rajin sgt ke PO nih..hahahah
Mase kat kaunter nnt korang ckp lah nk byr bi ASTRO.
Nanti diorng akn bg 1 borang tuk diisi.. (borang Akaun Pos 39)
Just tulis NAMA, ALAMAT, NO ACC, JUMLAH BIL (RM) yg korang nak bayar..
Bayar lebih pon xpe..nnt pihak ASTRO akn ''deduct'' blik kat next bil...

Ni contoh nye yep.. :)

gambar ehsan google

(3) Drive Thru
Cara ni mmg sgt sesuai tuk mereka2 yg xde masa nk tgg no giliran kat kaunter..
Xpayah susah2 dah..proses lagi cepat & x payah sibuk2 cari parking langsung. hahahah
Mmg peberet mama gi drive thru nih..Senang sgt.. (hehhe..org malas mmg gitu..)
Xde bil pon xpe..asalkan tau nama acc ASTRO anda & jumlah tuk dibayar..

Kalau korang x tau nak agak brape nk bayar / x tau no acc ASTRO senang jer..boleh check memalui SMS jugak...


(1) Taip ASTRO BAL IC (taip no IC anda) htr ke 33310
(2) Taip ASRRO BAL ACC (taip no acc astro anda) htr ke 33310

nanti x sampai 3 minit ASTRO akan reply balik..
Kat situ ade tertera jumlah terkini yg perlu dibayar & NO AKAUN ASTRO skali ..
So...senang kan..?hehehehe
Kejap jer dah dpt info tuk isi dlm borang nnt..
Bile dah bayar ape lagi..??
BALik Laaaaaaaaaaaaa....

MOTIF : HEhehehe..semOga kite beroleh manfaat bersama..
Insyallah... peace... (^___^)


Wednesday 5 December 2012

Ulang Tahun Cintaku

Hehehehe..
Belum ape2 kite mst senyum dulu..
Almaklum lah nk sambut birthday suami terCINTA..
Baru 26 tahun kami tahun nih.. muda x..??  
(siyess perasaaan!!hahhahahha)

Nak diceritakan semalam (3/12) kami balik Banting..AKA umah mak mertua..hehehee
Mengenangkan papa de exam pg sok, so kami pun stanby beli kek yg mama ngidam tu tuk birthday Papa..
Alang2 nk sambut birthday Papa kt sane terus..
(papa terpakse mengalah bab memilih kek sbb baby lam pewot yg request..hekhek)
 Cekkidaut...!




ni la Birthday Boy..''BoY'' la sgt kaaannn...aahakahak


Semoga Papa sihat & dimurahkan rezeki selalu,
Mama, Betty & baby sentiase doakn & syg kan papa smpi akhir hayat...
Semoga impian kita menjadi kenyataan..

Settle semua nye,kami pon berangkat balik umah & dlm keta Papa bg ''adiah'' kat mama..
Hehehehe leh ke cenggitu..???
Mama plk yg berhutang adiah ngn papa.. adeeeehhhh!!!
(nnt mama bg ea..hehehehhe)


Tuesday 4 December 2012

Petua Petui ~ Mudah Bersalin

Assalamualaikum semua..
Ni mama nk share 1 petua..mmg khas tuk bakal2 ibu..
Walaupun daku pernah branak sebelum ni,tp byk yg mama blajar drpd petua yg mama kumpul nih..
Terpulang kepada kesesuaian fizikal & mental masing2..hehehe
Soo..moh kite bace.. 
Selamat mencuba.. (^___^)


  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga..
  • Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah (wekkk! tak de nye mama nk telan..huhu)
  • Selain telur mentah, boleh minum milo/ susu/ kopi yang dah dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin untuk laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi, al fatihah & doa nabi yunus..
  • Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  • Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka & kurangkan rasa sakit
  • Minum air selusuh (better suami yang bacakan)
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin. (tapi mama awal2 ngndung pon dah bedal semaca jer..alhamdullah x ape2 wlupon ade yg bg tau nnt baby leh gugur.. hurm..)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil (x pernah kire lak mama sbelum ni..heheh)
  • Banyakkan berjalan,cth gi soping ke...(pastikn duit bwk byk cikit..hehe)
  • Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2.. (mentang2 bendi tu berlendir...adehh..xsuke2..)
  • Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas.  (Tapi kenapa dalam bilik air? kang tergelincir baru tahu... huhu)
  • Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak. (sgt lenguh mse branak kan baby betty dulu)
  • Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  • Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami.. (main camne tak pasti..adeehh)
  • Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  • Amalkan baca surah Maryam
  • Baca surah Al-Insyiqaq ayat 1-4
  • Baca surah Abasa ayat 20 
  • Baca surah An-Nahl ayat 78
  • Baca seluruh surah At-Taubah
  • Baca seluruh surah Yassin
  • Baca surah Al-Fatihah & ayat Kursi
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air. 
  • Makan ketam masak lemak (xminat seafood la caye..huhu)
  • Banyakkan "bersama" aka ''berjimak''  ketika nak dekat due.... (air selusuh semulajadi..diperakui oleh saintifik..hehe)